KUARANTIN 2MINGGU???????? @ HONEY MOON???????

Salam semua,kali nih nak story mory psl kuarantin plak...
memang cian lah kat aku nih tahu tak....
NAPA KORG TNY??????
hukhukhuk......aku kena jangkitan VIRUS...bkn AID or HIV OKEYS????
tp VIRUS DEMAM CAMPAK loh......
Virus nih kan berjangkit,so aku nih terkena dari sepupu aku yg kocik lote 2 lah....haisyh,nak di jd kan cerita,si Ummaira 2 die pg kutip virus nih dari kawan kat sek die 2....die lah orang 1st kena...
dah hbs die smbung adik die plak si Qaiyyim Muqri....hampeh toi.....
and the last person yang terkena AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ppppeerrrhhh memang agak teruk lah aku kena sebab aku kan dah besar so jd biji2 campak pown besar2 loh......
2 minggu wei aku MC x g keja.....hehehee....
MR.BOS pening pala lah jwb nyer...coz xde sapew nak wat akaun yg dah msuk banyak 2.....tp aku ade jgk amik keja bw blk wat kat umah...pas siap aku g antr...nak g keja cm biase xsanggup kot.....
GATAL siot wei demam campak nih....tambah2 jd besar2 lg la....
Aku rasa lah,lebih baik kena time kecik2 dr time dah besar2 panjng nih...
susah lah nak wat keja & lambat gat nak baik wei....
Ni aku nak shared skit pantang larang lau kena demam campak nih...so ley la amik jd panduan & petua lau2 korg terkena.....hehehe




Petua @ pantang larang:
  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu :) )
Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

p/s:jauhi lah orang yang terkena chicken pox untuk keselamatan diri anda....:)



Comments

Popular posts from this blog

New Life, New Place, New Friend & New TimeTable